Zainal Abidin jurulatih baharu Melaka United - Utusan Malaysia

Zainal Abidin jurulatih baharu Melaka United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 14 Nov. – Bekas jurulatih Pulau Pinang, Zainal Abidin Hassan hari ini sah menandatangani perjanjian bersama Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA) bagi mengendalikan skuad Sang Kancil untuk persaingan musim 2019.

Presiden MUSA, Adly Zahari berkata, Zainal telah menandatangani kontrak sebagai ketua jurulatih baharu untuk melatih pasukan Melaka United bagi tempoh setahun bermula hari ini hingga 13 November 2019.

Menurutnya, perlantikan bekas pemain kebangsaan ini diharap dapat mempersiapkan pasukan Melaka United bagi menghadapi persaingan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia musim depan.

“Penilaian kita ini (memilih Zainal Abidin) adalah berdasarkan pengalaman luasnya sebagai pemain dan jurulatih. Kita harap boleh capai pencapaian terbaik dan boleh bawa Melaka United lebih jauh,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis menandatangani kontrak bersama MUSA di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden MUSA, Datuk Mohd. Yusoff Mahadi dan Naib Presiden MUSA, Mohd. Ashiq Abd. Samad.

Zainal Abidin, 57, dilantik sebagai ketua jurulatih Melaka United menggantikan E. Elavarasan yang enggan menyambung kontrak baharu bersama MUSA selepas membimbing pasukan selama setengah musim. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×