SPRM tahan Tengku Adnan - Utusan Malaysia

SPRM tahan Tengku Adnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 14 Nov.- Bekas Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Menurut sumber, Tengku Adnan ditahan pada pukul 3.15 petang selepas tiba untuk memberi keterangan kepada SPRM berhubung isu penjualan tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Tengku Adnan sudah sampai ke ibu pejabat SPRM, selepas tiba pada pukul 3.15 petang beliau terus ditahan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tengku Adnan hari ini dipanggil bagi memberi keterangan berhubung siasatan kes penjualan tanah DBKL semasa beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

Difahamkan, Tengku Adnan akan didakwa esok berhubung siasatan kes berkenaan termasuk 97 transaksi meragukan membabitkan penjualan tanah DBKL seluas lebih 273.27 hektar bernilai RM5.63 bilion.

Baru-baru ini, media melaporkan sebanyak 97 transaksi meragukan membabitkan penjualan tanah DBKL seluas 273.27 hektar bernilai RM5.63 bilion disiasat oleh pasukan khas Kementerian Wilayah Persekutuan dan SPRM sejak 31 Julai lalu.

Pada bulan lalu, Tengku Adnan mengakui SPRM telah memanggilnya lebih 12 kali berhubung isu penjualan tanah tersebut.-UTUSAN ONLINE
 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×