Rosmah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok - Utusan Malaysia

Rosmah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok berhubung kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.

Peguamnya, Datuk K. Kumaraendran berkata, pihaknya mengesahkan Rosmah telah dipanggil untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan akan didakwa pada pukul 3 petang esok.

“Beliau telah dipanggil oleh SPRM dan akan didakwa esok dan hanya esok sahaja kita akan tahu pertuduhan terhadap anak guam saya dan saya juga tidak menerima sebarang soalan daripada media,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dalam pada itu, Rosmah dilihat keluar daripada kompleks SPRM pada pukul 2.35 petang dan mengambil masa hampir empat jam bagi membantu siasatan SPRM berhubung kes tersebut.

Terdahulu, beliau tiba pada pukul 11.40 pagi di sini hari ini dengan menaiki kereta jenis Proton Perdana berwarna hitam dengan nombor pendaftaran WLK 11 dan diiringi oleh sebuah kereta Proton Waja berwarna gelap dengan nombor pendaftaran XI ASEAN 360. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×