Pengimport plastik buat ikrar palsu - Utusan Malaysia

Pengimport plastik buat ikrar palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH 14 Nov. – Syarikat yang membawa masuk sampah plastik ke negara ini dikesan membuat pengisytiharan palsu berkaitan sisa buangan itu sehingga menyebabkan kesesakan di beberapa pelabuhan di seluruh negara.

Selain itu, terdapat pengimport yang membuat pesanan sampah plastik terbabit daripada negara sumber dan hanya memohon permit import (AP) yang dikeluarkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) apabila tiba di negara ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, taktik yang digunakan oleh pengimport itu bertujuan mengelirukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan menimbulkan masalah yang bukan kecil di pelabuhan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebelum ini KPKT telah menghentikan sepenuhnya pengeluaran AP bagi sampah plastik ini yang kebanyakaannya dibawa masuk daripada Jepun, Amerika Syarikat, Australia, United Kingdom dan negara Kesatuan Eropah.

“Terdapat juga pengimport yang membawa masuk sisa plastik industri yang dicampurkan bersama sisa plastik sampah, namun bungkusannya dicampurkan menyebabkan mereka gagal melepasi pemeriksaan JKDM yang akhirnya menyebabkan kesesakan di pelabuhan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan ke Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) di sini bersama Pengarah JKDM negeri, Datuk Saidi Ismail pagi ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×