Sedia terima sebarang keputusan - Rina - Utusan Malaysia

Sedia terima sebarang keputusan – Rina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Nov.- Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd. Harun bersedia menerima sebarang keputusan termasuk sekiranya namanya digugurkan daripada barisan Kabinet.

Jelasnya, beliau akan terus menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya selagi diberi kepercayaan untuk menjadi menteri di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.

“Saya terima apa sahaja keputusan selagi saya memegang jawatan ini, malah akan menjalankan segala amanah dan tanggungjawab.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apabila kita mengambil alih kerajaan daripada Barisan Nasional (BN), sudah pasti sebagai menteri ada perkara yang perlu kita kaji semula,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Sijil Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Cheras di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Hashee serta Ketua Pengarah Kemas, Datuk Amiruddin Ariffin .

Semalam, dalam temu bual bersama akhbar Singapura, The Straits Times, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberitahu beliau bersedia melakukan rombakan Kabinet susulan berakhirnya pemilihan PKR. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×