Seorang maut kemalangan tiga kenderaan - Utusan Malaysia

Seorang maut kemalangan tiga kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 14 Nov. – Seorang wanita terbunuh manakala empat lagi cedera setelah terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga buau kenderaan di Kilometer 9 Jalan Chini-Kuantan di Pekan dekat sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, Mahfuzah Mat Ali, 28, yang merupakan pemandu kereta jenis Kia Spectra meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Chini.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Amran Sidek berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu Toyota Hilux dari arah Chini Timur yang secara tiba-tiba mengubah haluan di garisan berkembar lalu merempuh sebuan Proton Wira.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setelah rempuhan itu, Toyota Hilux tersebut bertembung dengan Kia Spectra yang datang dari arah bertentangan iaitu dari Bandar Chini.

“Kesemua mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Chini untuk mendapatkan rawatan. Pemandu Kia Spectra disahkan meninggal dunia di Klinik Kesihatan Chini,” katanya di sini hari ini.

Amran berkata, siasatan di tempat kejadian mendapati sistem jalan adalah satu lorong dua hala dan jalan lurus serta mempunyai garisan berkembar sebagai pembahagi lorong.

“Siasatan diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×