DoJ diberi tempoh 60 hari kemukakan bukti Roger Ng terlibat kes 1MDB - Utusan Malaysia

DoJ diberi tempoh 60 hari kemukakan bukti Roger Ng terlibat kes 1MDB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat (AS) diberi tempoh 60 hari bagi mengemukakan bukti bahawa bekas Pengarah Urusan Goldman Sachs, Ng Chong Hwa atau dikenali sebagai Roger Ng terlibat dalam jenayah konspirasi pengubahan wang haram milik 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, tempoh itu diberikan mahkamah kepada DoJ sebelum diputuskan keperluan mengekstradisi Roger Ng.

“Roger Ng, 51, telah ditahan polis pada 1 November lalu dan penahanannya dilakukan
berdasarkan waran tangkap yang telah dipohon oleh kerajaan AS.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dia kini berada dalam tahanan reman selama 60 hari dan dalam tempoh tersebut pihak DoJ akan mengemukakan dokumen serta bukti bagi membolehkannya diekstradisi ke AS,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Balai Polis Sri Hartamas, di sini hari ini.

Hadir sama dalam majlis itu adalah Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim serta timbalannya, Datuk Zainuddin Yaacob. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×