KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang melaksanakan program praperkahwinan untuk pasangan bukan Islam yang mahu mendirikan rumah tangga bagi mengelak bilangan kes perceraian yang tinggi berterusan di negara ini.
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, program itu penting bagi memberikan asas kukuh untuk membina keluarga bahagia terutama bagi pasangan yang baru berkahwin.
“Ketika ini pihak kementerian sedang dalam perbincangan mengenai kursus sedemikian untuk diikuti pasangan bukan Islam mengikut kepercayaan agama masing-masing.
“Perkara ini perlu dicadangkan kerana realiti faktor perceraian sekarang sangat serius kerana perkara-perkara remeh digunakan sebagai punca untuk memfailkan permohonan cerai,” katanya di Dewan Rakyat di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











