79,786 cuba elak cukai - Utusan Malaysia

79,786 cuba elak cukai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Sebanyak 79,786 pembayar cukai individu, syarikat, koperasi dan kategori lain yang memiliki harta atau kekayaan luar biasa berjaya dikesan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ekoran gagal membuat pembayaran sehingga kini.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah berkata, mereka akan diberikan surat pengakuan sukarela dan notis di bawah Seksyen 79 Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP1967) bagi meminta maklumat tambahan dan penjelasan.

Katanya, mereka yang mene­rima notis di bawah seksyen ter­sebut perlu memberi maklum balas kepada LHDN dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis diberikan atau berdepan tindakan undang-undang jika gagal berbuat demikian.

Memuatkan artikel berkaitan…

‘‘Kita ada program tersusun un­­tuk memberi maklumat kepada pembayar cukai dan sasaran pertama kita adalah kepada mereka yang tidak menghantar borang ataupun mempunyai maklumat pendapatan, tetapi ti­dak melaporkannya.

‘‘Kepada mereka yang ada akaun di negara lain, kita sudah mempunyai maklumat tersebut yang dihantar oleh pentadbir cukai di luar negara kepada kami sejak September lalu,’’ katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri majlis pe­rasmian Seminar Percukaian Kebangsaan 2018 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Tambah Sabin, semua pesa­lah tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 120 Akta Cukai Pendapatan 1967 iaitu denda tidak kurang RM200 dan tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Sementara itu, Sabin berkata, LHDN juga kini sedang giat me­lakukan pemantauan terhadap pihak yang menonjolkan keka­ya­an mereka menerusi media sosial dan juga saluran media yang lain.

Menurutnya, pasukan pemantau terbabit akan membuat penelitian data untuk mengesahkan pendapatan mereka, sekaligus memastikan cukai dapat dikutip.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×