Penutupan Jalan Tun Razak menuju Seremban - Utusan Malaysia

Penutupan Jalan Tun Razak menuju Seremban

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Penutupan jalan secara berperingkat melibatkan kerja-kerja pembinaan jalan raya bertingkat di Jalan Tun Razak menuju Seremban-Sungai Besi bermula semalam sehingga 12 Disember depan.

Menurut kenyataan Naza Engineering & Construction Sdn. Bhd., penutupan jalan itu hanya akan dilaksanakan pada waktu malam dari pukul 12 tengah malam hingga pukul 5 pagi.

Jalan-jalan yang terlibat adalah Jalan Tun Razak ke Bulatan Kampung Pandan (menuju Seremban) dan Jalan Tun Razak ke Jalan Inai (menuju KLCC).

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, bagi memastikan kelancaran lalu lintas, penutupan jalan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Peringkat pertama penutupan melibatkan dua lorong di susur masuk ke Seremban selama lima malam dan peringkat kedua melibatkan penutupan dua lorong di susur masuk ke Seremban dan satu lorong di susur masuk menuju KLCC selama tujuh malam.

Seterusnya, peringkat ketiga melibatkan penutupan satu lorong di susur masuk ke Seremban dan dua lorong di susur masuk KLCC selama tujuh malam manakala peringkat keempat melibatkan penutupan dua lorong di susur masuk menuju KLCC selama tujuh malam.

Peringkat terakhir penutupan jalan itu melibatkan satu lorong di susur masuk KLCC dan satu lorong di susur masuk menuju Jalan Inai. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×