MCPF sokong ketum diharamkan - Utusan Malaysia

MCPF sokong ketum diharamkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) menyokong cadangan kerajaan untuk mengharamkan penanaman ketum dan memperkenalkan Akta Inhalan bagi menangani penyalahgunaan tumbuhan tersebut dan memerangi masalah menghidu gam.

Pengerusi Kanan MCPF, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pihaknya sebelum ini telah mencadangkan pindaan Akta Racun 1952 dengan memindahkan kesalahan menyalahgunakan daun ketum kepada suatu kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk membendung penyalahgunaannya.

“Walaupun ketum yang disalahgunakan penagih dadah ini tidak diklasifikasikan sebagai dadah berbahaya di negara ini namun MCPF menyokong penuh kenyataan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam bahawa penanaman ketum perlu diharamkan sebelum penggunaannya semakin meluas,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lam Thye berkata, orang ramai perlu menerima hakikat bahawa penyalahgunaan ketum kian berleluasa di negara ini dan tindakan tegas mesti diambil untuk memastikan kesihatan dan keselamatan rakyat dari penyalahgunaan ketum.

“Berdasarkan kajian, ketum boleh memberi kesan ‘khayal’ yang serupa dengan ganja dan mereka yang mengambilnya pada dos yang tinggi boleh menimbulkan bahaya kepada orang lain,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×