Tikus dipenjara 15 bulan pecah masuk restoran - Utusan Malaysia

Tikus dipenjara 15 bulan pecah masuk restoran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram


KUALA LUMPUR 13 Nov. – Gara-gara pecah masuk sebuah restoran dan mencuri wang tunai RM1,000, lima tahun lalu, seorang bapa dua anak dihukum penjara 15 bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman itu selepas Tikus Akau, 35, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Restoran San May King milik Chan Sum Kin, 53, di Jalan Pandan Indah dekat sini antara pukul 5 petang, 10 November dan pukul 11 malam, 11 November 2013.

Tertuduh yang berketurunan Kadazan itu didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 8 November lalu.


Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norhashimah Hashim memohon hukuman setimpal kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh membawa hukuman wajib penjara namun Tikus yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan mempunyai dua anak yang masih bersekolah yang kini berada di Sarawak.


Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, pihak polis telah menerima satu laporan daripada mangsa mengenai kejadian restorannya telah dipecah masuk.

Tertuduh telah mengumpil dan masuk melalui tingkap tandas dan wang tunai sebanyak RM1,000 telah hilang dari laci kaunter kedai berkenaan.

Hasil siasatan polis di tempat kejadian menemukan cap jari yang sepadan dengan tertuduh dan semakan mendapati tertuduh mempunyai rekod lampau atas kesalahan sama yang dilakukan di sekitar Ampang. – UTUSAN ONLINE




Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×