Yapeim lantik lapan Ahli Lembaga Pemegang Amanah baharu - Utusan Malaysia

Yapeim lantik lapan Ahli Lembaga Pemegang Amanah baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) mengumumkan pelantikan lapan Ahli Lembaga Pemegang Amanah baharu berkuat kuasa 1 November lalu hingga 31 Oktober 2021.

Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yapeim, Datuk Abibullah Samsudin dalam kenyataan di sini hari ini berkata, pengumuman tersebut menyaksikan Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yapeim.

“Beliau merupakan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Amani Group dan juga Pengerusi Majlis Penasihat Bank Negara dilantik bagi mengetuai tujuh lagi Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang turut menerima watikah pelantikan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Abibullah berkata, tujuh lagi Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang baharu adalah Pengarah KNS Money Changing Berhad (Malaysia), Dr. Rosli Yaakop dan Pengarah Eksekutif Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa bagi Kewangan Islam Malaysia (ISRA), Prof. Dr. Mohamad Akram Laldin.

“Selain itu, pakar rujuk kewangan Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Dr. Zaharuddin Abdul Rahman; Perunding Global Peace Mission Malaysia, Mukhtar Ramli dan Ketua Bahagian Penyelidikan Bank Pembangunan Islam (IDB), Prof. Dr. Abdul Ghafar Ismail,” katanya.

Tambahnya, turut dilantik Perunding Pasaran Sektor Farmaseutikal, IMIER, Dr. Ahmad Zainuddin Abdullah dan Dr. Shahrul Azman Abd Razak yang mewakili Kementerian Kewangan.

“Saya percaya, dengan pengalaman dan kredibiliti para Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang baharu ini mampu melaksanakan misi dan visi Yapeim khususnya dalam meningkatkan pembangunan sosioekonomi ummah,” katanya.

Majlis pelantikan itu disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof di Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×