Pemotongan subsidi 50 peratus tambah derita petani - Johari - Utusan Malaysia

Pemotongan subsidi 50 peratus tambah derita petani – Johari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 13 Nov. – Kerajaan negeri perlu bersedia untuk berdepan dengan keadaan lebih getir selepas ini berikutan keputusan Kerajaan Persekutuan memotong subsidi bagi sektor pertanian, tahun depan.

Datuk Johari Abdul (PKR-Gurun) berkata, keadaan itu dijangka akan menjadi lebih teruk ekoran kedatangan musim tengkujuh, padi tidak menjadi dan masalah benih tidak menentu.

“Ini satu masalah serius yang mana saya kira Kerajaan Pusat agak terburu-buru dalam membuat keputusan. Biar apa pun alasannya, pemotongan subsidi baja sehingga 50 peratus saya fikir tidak kena pada waktunya sekarang ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Subsidi baja padi diberikan kerajaan pusat pada 2018 berjumlah RM465 juta tetapi tahun depan petani cuma dapat RM232 juta manakala insentif pengeluaran padi dipotong kepada RM281 juta berbanding RM563 juta pada tahun ini,” katanya. 

Beliau berkata demikian membahaskan ucapan Ucapan Bajet Negeri di dalam Sidang Dewan Undangan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. 

Tambahnya, pemotongan subsidi itu dikhuatiri akan menyebabkan pengeluaran padi negara berkurang sehingga mengundang lambakan beras dari luar negara sekali gus menambah penderitaan petani. 

“Exco yang terlibat dengan zakat, bersiap sedialah untuk berdepan dengan situasi ini. Dalam keadaan petani menerima subsidi pun mereka hidup menderita, saya tak fikir mereka akan menjalani kehidupan lebih baik apabila subsidi itu dipotong nanti,” katanya. 

Mengulas lanjut katanya, perlu ada alternatif secepat mungkin bagi membantu rakyat terutamanya petani dan rakyat yang kian ‘bergelut’ untuk meneruskan hidup. 

“Kita ada pantai, gunung, tasik dan tempat melihat bintang yang cantik. Malangnya keistimewaan tersebut gagal menarik kedatangan pelancong asing kerana kegagalan kita mempromosikannya.

“Pelancong asing tinggal tiga hari di Pulau Pinang dan selepas itu terus ke Thailand tanpa singgah di Kedah. Rata-ratanya tidak tahu akan keunikan yang ada di negeri ini,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×