Pelajar jadi mangsa guru minta habuan seks diminta tampil buat laporan - Utusan Malaysia

Pelajar jadi mangsa guru minta habuan seks diminta tampil buat laporan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Menteri Pendidikan, Maszlee Malik meminta supaya pelajar yang menjadi mangsa guru meminta habuan seks untuk lulus peperiksaan tampil membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan diambil.

Jelas beliau, pihak kementerian tidak akan bertoleransi terhadap perbuatan tersebut dan mahu supaya kes tersebut tidak disembunyikan dan memberikan jaminan untuk melindungi saksi yang terlibat dalam kes tersebut.

“Apa sahaja yang berlaku kita minta pihak yang terlibat lapor kepada polis dan jangan sembunyikan dan kita tidak toleransi, jika ada laporan polis dibuat maka kita akan ambil tindakan. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa dan semua saksi akan dilindungi kerana kita berpegang kepada prinsip kedaulatan undang-undang dan kita mahu mangsa tampil serta tidak takut kerana keadilan bersama mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Forum Permuafakatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Bersama Kementerian Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2018 di sini hari ini. 

Maszlee berkata demikian sebagai mengulas pendedahan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull mengenai terdapat seorang guru yang meminta habuan seks daripada pelajar untuk lulus daripada peperiksaan.

Bagaimanapun, tindakan lanjut tidak dapat diambil kerana mangsa tidak mahu identitinya terdedah kepada umum.

Sehubungan itu, Maszlee menegaskan, pihaknya mahu sekolah menjadi tempat yang selamat bukan sahaja kepada para pelajar malah kepada guru-guru. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×