MANCHESTER – Pengurus Akademi Bola Sepak Manchester United, Nicky Butt percaya kekalahan kepada Manchester City Ahad lalu adalah kerana kurangnya keyakinan dalam kalangan pemain.
Walaupun United berjaya meraih kemenangan ke atas Juventus pada aksi Liga Juara Juara Eropah Rabu lalu, tahap keyakinan pemain nyata belum cukup tinggi selepas tewas mudah kepada City.
Kekalahan itu sekaligus menyukarkan lagi skuad bimbingan Jose Mourinho itu untuk merapatkan jurang mata yang kini 12 mata di belakang pendahulu liga itu.
“Saya rasa ia satu tugas yang sukar apabila barisan pemain anda tidak menampilkan kemampuan sebenar.
“Tidak kira pasukan mana anda uruskan, jika pemain tidak berada dalam keadaan yang baik, amat sukar untuk anda menghasilkan kemenangan,” kata Butt.
Dengan perlawanan berdepan Southampton dan Crystal Palace menanti United selepas perlawanan antarabangsa 15 November ini, bekas pemain United itu percaya ini adalah peluang terbaik untuk menyuntik semula moral pemain. – Agensi











