Rosmah, Tengku Adnan dan Rizal ke SPRM esok - Utusan Malaysia

Rosmah, Tengku Adnan dan Rizal ke SPRM esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor diberikan notis untuk hadir bagi memberi keterangan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini esok.

Menurut sumber, turut diberikan notis ialah bekas pegawai khas Rosmah, Datuk Rizal Mansor yang sebelum ini pernah ditahan reman pada Julai lalu berhubung siasatan kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.

“Kesemua mereka dikehendaki hadir ke ibu pejabat SPRM pada pukul 9 pagi esok untuk bantu siasatan SPRM,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Difahamkan, kesemua mereka akan ditahan sebelum didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis ini.

Dalam pada itu, Tengku Adnan yang merupakan Ahli Parlimen Putrajaya pula bakal didakwa di mahkamah sama berkaitan kes penjualan tanah yang dimiliki oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sebelum ini, beliau mengesahkan telah memberikan keterangan sebanyak 12 kali kepada pihak SPRM berhubung skandal tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×