'Boy Tiger' sebabkan kematian anak tiri direman 7 hari - Utusan Malaysia

‘Boy Tiger’ sebabkan kematian anak tiri direman 7 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG – Seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘Boy Tiger’ yang dipercayai menyebabkan kematian anak lelaki tirinya minggu lalu direman selama tujuh hari di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Haslinda A. Raof bermula hari ini sehingga 19 November mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Terdahulu suspek yang berusia 31 tahun yang memakai baju-T berwarna hitam dilihat tenang masuk ke mahkamah sambil diiringi anggota polis. 

Dia kemudian dibawa keluar semula untuk dibawa ke lokap satu jam direman. 

Semalam Kosmo! melaporkan suspek yang menjadi buruan polis selepas disyaki terlibat dalam kes pendakwaan penderaan anak tirinya berusia tiga tahun berjaya ditahan polis kelmarin. 

Suspek ditahan kira- kira pukul 11 pagi di Hospital Kajang ketika melawat isterinya yang baru bersalin. 

Isteri suspek yang berusia 20 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, isteri lelaki itu telah melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah inap desa di kawasan Hulu Langat, namun terpaksa dibawa ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan lanjut. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×