Kebajikan keluarga waris enam anggota bomba terkorban dibela - Mohammad Hamdan - Utusan Malaysia

Kebajikan keluarga waris enam anggota bomba terkorban dibela – Mohammad Hamdan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 13 Nov. – Soal kebajikan bagi enam waris anggota bomba terkorban di tebatan lombong Taman Putra Perdana, Puchong terus dibela dengan bantuan kebajikan daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan dan pampasan insurans berjumlah sekitar RM300,000 hingga RM500,000.

Ketua Pengarah Bomba dan Penyelamat, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, jumlah tersebut meliputi 10 jenis pampasan yang sebahagiannya telah diserahkan kepada keluarga waris pada 24 Oktober lalu.

“Kita akan menyerahkan siri kedua bantuan kepada keluarga waris tidak kurang RM100,000 yang diharap dapat meringankan bebanan waris dan keluarga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, pihaknya juga melihat untuk membantu bagi waris yang tidak memiliki rumah untuk mendapatkan dibawah program rumah mampu milik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Penolong Pengarah Negeri Bahagian Keselamatan Kebakaran Bil.3/2018, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengarah Bomba Sarawak, Khirudin Drahman@Hussaini dan Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran, Edwin Galan Teruki.

Tambahnya, aspek kebajikan bagi anak mereka juga akan dilihat sekali.

MOHAMAD Hamdan Wahid memotong pulut kuning
MOHAMAD Hamdan Wahid memotong pulut kuning simbolik perasmian Mesyuarat Penolong Pengarah Negeri Bahagian Keselamatan Kebakaran Bil.3/2018 di M Hotel, Jalan Datuk Abang Abdul Rahim, sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE/MOHAMAD GUSTIE NOORAMBIA

Sementara itu, Mohammad Hamdan memberitahu, sebanyak 8,610 bangunan di seluruh negara yang perlu mempunyai Sijil perakuan bomba (FC).

“50 peratus daripada telah mendapat sijil dan bakinya masih dalam proses kelulusan meliputi seperti bangunan dan pejabat kerajaan, kilang, kompleks beli-belah, kondominium, pembangunan bercampur serta gudang.

“Bagaimanapun, falsafah undang-undang keselamatan kebakaran atau kod bangunan kita adalah untuk memastikan ianya selamat untuk duduki bukannya hanya menghukum,” jelasnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya akan memberi notis terlebih dahulu kepada bangunan berkenaan untuk mendapatkan FC seperti ditetapkan di bawah Perintah Perkhidmatan Bomba 1998. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×