[VIDEO] Seorang lagi suspek menyamar SPRM direman - Utusan Malaysia

[VIDEO] Seorang lagi suspek menyamar SPRM direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 13 Nov. – Seorang ahli perniagaan menjadi suspek kelima yang dikenakan tahanan reman bagi membantu siasatan kes menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk meminta suapan sebanyak RM2 juta bagi menyelesaikan kes seorang individu berpangkat Datuk Seri.

Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah tahanan reman selama enam hari sehingga 18 November depan terhadap lelaki berusia 48 tahun berkenaan.

Difahamkan, suspek ditahan pada pukul 10.20 malam semalam selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sabtu lalu, empat individu yang menyamar sebagai pegawai SPRM direman selama enam hari untuk siasatan kes meminta suapan sebanyak RM2 juta bagi menyelesaikan kes seorang individu berpangkat Datuk Seri.

Dalam tangkapan dibuat sehari sebelumnya, tiga suspek yang berusia antara 33 hingga 49 tahun ditahan di sebuah kelab golf terkemuka di Sungai Buloh, Selangor manakala seorang lagi yang berusia 37 tahun ditahan di rumahnya di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.

Kes penyamaran sebagai pegawai-pegawai SPRM itu disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×