Tiada jaminan negara selamat - Utusan Malaysia

Tiada jaminan negara selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Nov. – “Saya kira tanpa ada akta sama ada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA) dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA), saya tidak boleh menjamin bahawa negara kita menjadi negara selamat sepertimana kita lihat pada hari ini.”

Demikian maklum balas Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang meminta kerajaan menjelaskan keberkesanan SOSMA, POCA dan POTA.

Namun begitu, Muhyiddin berkata, akta-akta tersebut perlu diteliti semula agar tidak ada elemen menindas, zalim atau bertentangan dengan hak asasi manusia.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Maka, atas faktor itu, kita telah menubuhkan jawatankuasa bagi meneliti semua perkara ini,” katanya pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) sidang Dewan Rakyat, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×