Calon 'demam campak' tetap bersemangat duduki SPM - Utusan Malaysia

Calon ‘demam campak’ tetap bersemangat duduki SPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson di sini, Mohd Aiman Khairil Anuar yakin di sebalik kesulitan mengalami cacar air semasa menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), pasti ia memberi hikmah kepadanya.

Mohd Aiman, 17, berkata, beliau yang mengalami penyakit itu sejak seminggu lalu tetap bersemangat untuk menduduki peperiksaan tersebut.

“Pada mulanya saya khuatir ia akan menggangu konsentrasi sewaktu menduduki peperiksaan, tapi alhamdulillah setakat pagi tadi semuanya nampak baik.

Memuatkan artikel berkaitan…

 “Mungkin ini dugaan buat saya, tetapi saya percaya berkat doa orang tua, guru dan usaha, saya boleh lakukan yang terbaik,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di SMK Anderson di sini hari ini.

Mohd Aiman berkata dengan keadaan kesihatannya itu, dia tidak dibenarkan menduduki peperiksaan SPM bersama pelajar lain, namun ia memberi kelegaan buatnya.

“Disebabkan saya mengalami cacar air, saya perlu dikuarantin kerana bimbang dijangkiti calon lain. Walaupun terasing saya rasa selesa dan kurang rasa gugup,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar negeri, Dr Abdul Aziz Bari meluangkan masa melawat calon SPM di sekolah berkenaan.

Beliau berkata seramai 36,072 calon yang menduduki SPM tahun ini melibatkan 33,916 calon sekolah dan 2,156 calon persendirian.

Katanya, daripada jumlah itu seramai tiga calon menduduki peperiksaan di hospital iaitu seorang di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini dan dua di Hospital Taiping.

Sebanyak 325 pusat peperiksaan di negeri ini dibuka iaitu 291 di sekolah manakala 34 lagi membabitkan pusat persendirian, katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×