SHAH ALAM – Seramai 74,047 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 10 daerah di negeri ini bermula hari ini.
Pengarah Pendidikan Selangor, Mohd. Salleh Mohd. Kassim berkata, kesemua mereka menduduki peperiksaan tersebut di 487 pusat peperiksaan.
“Seramai 74,047 calon menduduki peperiksaan SPM di negeri ini termasuk 32 calon daripada Sekolah Seni Kuala Lumpur.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Setakat ini tiada calon yang menduduki peperiksaan di mana-mana hospital,” katanya di sini hari ini.
Jumlah keseluruhan calon persendirian pula seramai 5,376 calon
Salleh berkata, seramai 6,217 petugas dilantik bagi memastikan perjalanan peperiksaan berjalan lancar. – K! ONLINE











