16,946 calon duduki SPM di Negeri Sembilan - Utusan Malaysia

16,946 calon duduki SPM di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Seramai 16,946 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 148 pusat peperiksaan di Negeri Sembilan hari ini.

Pengarah Pendidikan negeri, Pkharuddin Ghazali  berkata, daripada jumlah itu, seramai 14,819 pelajar ialah calon sekolah kerajaan, manakala 926 orang calon persendirian. 

Beliau memaklumkan, seramai 1,696 petugas peperiksaan yang bertugas di pusat peperiksaan tersebut. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seramai 10 calon menduduki peperiksaan SPM di lima hospital di Negeri Sembilan pada hari ini. Kebanyakan mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya,” katanya di sini hari ini. 

Beliau menambah, seramai 1,414 calon menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di 22 pusat peperiksaan pada hari sama.

Terdahulu, Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan negeri, Yahaya Daros meninjau pusat peperiksaan SPM dan STPM di Sekolah Mengengah Kebangsaan King George V di sini, pagi ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×