Pengadil kena serang - Utusan Malaysia

Pengadil kena serang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME, Itali 13 Nov. – Seorang menteri di Itali, Matteo Salvini terpaksa campur tangan dengan membuat gesaan agar tindakan segera perlu diambil berikutan insiden pengadil bola sepak diserang penyokong semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.

Terbaharu Ahad lalu membabitkan seorang pengadil muda, Riccardo Bernardini, 24, yang mengalami kecederaan di kepala selepas mengadili satu perlawanan Liga Amatur Itali antara Virtus Olympia dan Atletico Terranova yang berakhir dengan layangan dua kad merah dan gol kontroversi dalam masa kecederaan.

“Ada 35,000 pengadil di Itali. Setiap Ahad mereka mengadili di 11,000 padang permainan secara percuma di bawah cuaca sejuk dan bersalji. Tahun ini sahaja, tugas 300 pengadil muda berakhir di hospital,” kata Salvini dengan nada terkejut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Persatuan Pengadil Itali (AIA) turut mengesahkan, ini merupakan serangan kali kelapan telah berlaku sejak musim baharu membuka tirai beberapa minggu lalu sekaligus mereka membuat keputusan untuk memboikot perlawanan amatur sebagai protes. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×