13,821 calon duduki SPM di Melaka - Utusan Malaysia

13,821 calon duduki SPM di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Seramai 13,821 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menduduki peperiksaan itu di 108 pusat di tiga daerah negeri ini bermula hari ini. 

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, seramai 11,765 daripada jumlah tersebut terdiri daripada calon sekolah kerajaan termasuk sekolah menengah kebangsaan (SMK), sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA), sekolah agama bantuan kerajaan (SABK), sekolah berasrama penuh (SBP) dan sekolah menengah teknik (SMT). 

“Selebihnya merupakan calon-calon daripada Maktab Rendah Sains Mara (711 calon), program kemahiran pendidikan vokasional (42 calon), sekolah menengah agama negeri (22 calon) dan 199 calon daripada sekolah swasta. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, peperiksaan ini turut melibatkan 608 calon persendirian sekolah dan 471 calom persendirian perseorangan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di SMK Bukit Baru di sini hari ini. 

Turut hadir Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Rashid Mohd. Sidek dan Pengetua SMK Bukit Baru, Ab. Malek Kasim. 

SPM pada tahun ini berlangsung dari 13 November sehingga 13 Disember 2018 bermula dengan Bahasa Melayu (Kertas 1) pada pukul 8 hingga 10.15 pagi. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×