Mourinho kibar bendera putih - Utusan Malaysia

Mourinho kibar bendera putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 12 Nov. – Manchester United sudah boleh melupakan hasrat mencabar Manchester City dalam perebutan gelaran Liga Perdana Inggeris musim ini ekoran kekalahan 1-3 semalam, kata Jose Mourinho.

Pengurus kelahiran Portugal itu juga mengakui, pasukannya boleh dianggap bernasib baik jika dapat menempatkan diri dalam kelompok empat teratas selepas ketinggalan 12 mata di belakang City.

“Sejak awal musim lagi kami sedar terdapat perbezaan kualiti (dengan City) dan kami ha­nya bersaing untuk kelompok empat terbaik,” kata Mourinho.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ini kekalahan keempat Uni­ted musim ini, sekali gus menyebabkan mereka jatuh ke tangga kelapan liga dan berisiko gagal layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Kali terakhir United menewaskan City di Etihad adalah April lalu apabila bangkit daripada ketinggalan 0-2 sebelum menang 3-2.

City bermula garang apabila mendahului 2-0 menerusi David Silva dan Sergio Aguero.

Biarpun United merapatkan jurang menerusi penalti Anthony Martial pada minit ke-58, namun Ilkay Gundogan menutup harapan pelawat untuk bangkit dengan meledak gol ketiga pada minit ke-84. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×