Parah terkena tembakan bakakuk - Utusan Malaysia

Parah terkena tembakan bakakuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BELURAN – Tindakan seorang ibu yang meleraikan pergaduhan antara dua beradik lelaki membawa padah apabila dia terkena tembakan yang dilepaskan salah seorang anaknya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Berayong, Telupid di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, Rinah Dansik, 60, parah pada lengan dan dada kiri selepas terkena tembakan dari senapang buatan sendiri jenis bakakuk.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila suspek berusia 33 tahun te­lah bertengkar dengan adik tiri­nya sebelum dia menghalakan senapang itu ke arah mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan V. Shivanathan berkata, suspek dipercayai berada dalam keadaan mabuk ketika kejadian berlaku.

“Suspek bersama bapa saudara dan seorang rakan berada di rumah mangsa sempena sambutan hari kelahiran adik tirinya. Kemudian berlaku pertengkaran antara dia dengan adik tirinya.

“Lelaki itu kemudian telah pulang ke rumah­nya yang terletak kira-kira 200 meter dari kediaman mangsa dan kembali dengan membawa selaras bakakuk untuk menembak adiknya,” katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN