Kem Azmin dominasi PKR - Utusan Malaysia

Kem Azmin dominasi PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perlumbaan Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) seakan sudah berakhir apabila pe­nyandang Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali didakwa berjaya me­ngalahkan pencabar­nya, Rafizi Ramli setelah tujuh minggu bertanding.

Sehingga kelmarin, keputusan tidak rasmi menunjukkan Azmin berjaya memperoleh 70,550 undi meninggalkan bekas Ahli Parlimen Pandan itu yang memperoleh 66,594 undi.

Kemenangan itu menyaksikan Azmin yang juga Menteri Hal-Ehwal Ekonomi bakal berganding dengan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menerajui parti itu bagi penggal 2018 hingga 2021. Anwar memperoleh jawatan itu selepas menang tanpa bertanding.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi jawatan Naib Presiden, difahamkan Nurul Izzah me­ngungguli carta de­ngan 67,050 undi diikuti Zuraida Kamarudin (52,226), Xavier Jayakumar (47,566) dan Tian Chua (42,608).

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN