Pengundi rasa tertipu, dipermainkan - Utusan Malaysia

Pengundi rasa tertipu, dipermainkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
SAYA mohon Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau mana-mana pakar perundangan serta pertubuhan bukan kerajaan menimbang memohon kepada mahkamah atau Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Ini disebabkan penipuan dan pembohongan oleh Pakatan Harapan (PH) sepanjang tempoh berkempen. Malah Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri mengakui beliau menjangkakan PH akan kalah dan kerana itu pelbagai janji yang sukar dilaksanakan telah dilontar melalui manifesto mereka.

Dr. Mahathir sendiri menyatakan banyak perkara yang dijanjikan itu memang mustahil untuk ditunaikan. Contohnya menghapuskan tol, beliau sendiri tidak bersetuju dengan cadangan ini tetapi demi untuk menang beliau teruskan juga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dr. Mahathir menjelaskan kalau bayaran tol hendak dihapuskan, harga petrol pula terpaksa dinaikkan. Rakyat Malaysia telah tertipu dan terpedaya dengan janji-janji tersebut seterusnya memberikan undi kepada PH.

Jelas kemenangan PH dalam PRU-14 adalah disebabkan pembohongan dan penipuan yang dilakukan secara sedar oleh para pemimpin dan calon-calonnya.

YANG TERTIPU

Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×