‘Bas korporat’ bunuh bas persiaran - Utusan Malaysia

‘Bas korporat’ bunuh bas persiaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
PADA 17 Ogos lalu, ruangan Forum Utusan Malaysia memaparkan aduan bertajuk Bahaya operasi ‘bas korporat’. Selain isu teksi, masalah ‘bas korporat’ ini berleluasa semasa pentadbiran Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dahulu.

Bayangkan bas sekolah buruk mahupun baharu diberikan kebenaran menggunakan warna korporat sesuatu kolej, sekolah tahfiz, institusi pengaji tinggi awam mahupun swasta dan sebagainya. Bilangannya berlambak-lambak seperti sudah tidak terkawal.

Kebanyakan pengusahanya adalah penipu belaka. Bertopengkan logo korporat untuk menipu orang ramai dan agensi penguat kuasa jalan raya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Memang ada kebenarannya kebanyakan surat pengecualian warna bas sekolah tersebut dibeli dengan harga RM5,000 hingga RM7,000 sahaja daripada pihak sindiket penipuan yang licik membuat kontrak palsu.

Mohon Kementerian Pengangkutan berkerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya dalam isu ini. Bantulah industri perkhidmatan bas persiaran Malaysia daripada terus terjejas.

WARGA BAS PERSIARAN HIJAU PUTIH

Johor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×