Ular dikirim guna Pos Laju - Utusan Malaysia

Ular dikirim guna Pos Laju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Pos Malaysia semalam mengesan seekor ular sawa dikirim menggunakan perkhidmatan Pos Laju selepas seorang kakitangannya berasa curiga de­ngan sebuah kotak sebesar kotak kasut bergerak-gerak ketika ia dalam proses untuk dihantar kepada penerimanya.

Kejadian aneh tersebut menjadi perbincangan netizen selepas kejadian yang tidak diketahui di cawangan Pos Laju mana tersebut menjadi tular di media sosial.

Mengikut perkongsian maklumat dalam kalangan pengguna Facebook, reptilia bersaiz sebesar lengan individu dewasa dan panjang hampir semeter itu diisi di dalam sebuah kotak sebelum kotak itu dibalut menggunakan kertas surat khabar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menerusi beberapa keping gambar yang tular itu menunjukkan seorang individu dipercayai kakitangan Pos Malaysia membuka bungkusan bertulis ‘pending’ atau `ditahan’ sambil mengeluarkan haiwan ber­kenaan dalam keadaan masih hidup.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×