Suri rumah maut digilis lori - Utusan Malaysia

Suri rumah maut digilis lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Nov. – Seorang suri rumah maut manakala anaknya cedera ringan apabila motosikal dinaiki mereka bergesel dengan sebuah lori dalam kejadian di Jalan Tun Razak berdekatan Institut Jantung Negara (IJN), di sini petang tadi.

Dalam kemalangan pukul 1.20 petang itu, mangsa, Halilah Mat Musa, 53, menunggang motosikal bersama anaknya, Zulfianshah Syaifullah, 18, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Segambut Dalam dari Jalan Tun Razak menuju ke Bulatan Pahang.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkifli Yahaya berkata, tiba ditempat kejadian mangsa berada di lorong kiri cuba mengelak sebuah kereta yang keluar dari susur IJN lalu bergesel dengan sebuah lori di bahagian kiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Akibatnya, kedua-dua mangsa terjatuh di atas jalan. Anak mangsa hanya mengalami cedera ringan tetapi Halilah maut ditempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala akibat digilis lori tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, bagaimanapun pemandu lori terbabit tidak menghentikan kenderaan sebaliknya terus melarikan diri selepas kejadian itu.

Sehubungan itu beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut tampil memberikan maklumat bagi mengesan pemandu lori terbabit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN