Isu rumah masalah utama rakyat Johor - Utusan Malaysia

Isu rumah masalah utama rakyat Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 12 Nov. – Isu pemilikan rumah merupakan antara masalah utama yang disuarakan rakyat negeri ini menerusi maklum balas bagi merangka intipati Belanjawan Johor 2019 yang akan dibentang pada 29 November ini.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, selain perumahan, pembangunan menyeluruh untuk negeri ini juga dibangkitkan.

Tambahnya, menerusi maklum balas itu, rakyat negeri ini mahu kerajaan negeri memenuhi perkara berkaitan perumahan yang dijanjikan iaitu mahu melihat pembinaan rumah mampu milik dapat direalisasikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rakyat juga menyuarakan mengenai manifesto kita iaitu sejauh mana ia sudah dipenuhi dan sebagainya. Kita sudah pun memenuhi 10 perkara di peringkat negeri, namun di peringkat Pusat masih ada lagi yang belum dipenuhi,” katanya ketika berucap selepas merasmikan Konvensyen Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Johor Sesi 2018/2019 di sini, hari ini.

Tambahnya, pembangunan menyeluruh pula termasuk pembangunan Segamat yang dima­sukkan dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan diluluskan kerajaan kerana kawasan Iskandar Malaysia hanya me­rangkumi sehingga Pontian.

Osman berkata, cadangan lain adalah permintaan dinaikkan gaji kepada penjawat awam, kerajaan tempatan dan badan berkanun.

“Insya-Allah kita akan bagi bonus akhir tahun ini tetapi jumlahnya masih embargo, tapi ada bonus untuk mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×