[VIDEO] Dua geng pecah rumah kecundang di Kajang - Utusan Malaysia

[VIDEO] Dua geng pecah rumah kecundang di Kajang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG 12 Nov. – Polis menumpaskan dua kumpulan sindiket pecah rumah dan curi kenderaan dengan menahan lima lelaki dalam beberapa serbuan di sekitar Lembah Klang baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, kumpulan terbabit dikenali sebagai Geng Ah Heng dan Geng Ah Cheng aktif melakukan kegiatan tersebut sejak pertengahan tahun ini.

“Dengan tumpasnya dua kumpulan ini pihak polis percaya sebanyak 33 kes pecah rumah dan curi kenderaan di Selangor serta Melaka dapat diselesaikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis merampas lapan buah kenderaan dan sebuah motosikal berkuasa tinggi yang dilaporkan hilang sebelum ini, ” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah Kajang, di sini hari ini.

Ahmad Dzaffir memberitahu, pihaknya turut merampas beberapa barang peralatan pecah rumah dan barangan lain hasil kegiatan suspek.

“Kesemua suspek mempunyai rekod lampau membabitkan kes pecah rumah, samun dan dadah.

“Kes pecah rumah disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, manakala kes kecurian kenderaan disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×