Kes Dera Nur Muazara: Suspek dedah mandikan mangsa pada hari kejadian - Utusan Malaysia

Kes Dera Nur Muazara: Suspek dedah mandikan mangsa pada hari kejadian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG – Suspek dera sehingga mengakibatkan kematian seorang bayi berusia 11 bulan pada 9 November lalu mendedahkan bahawa dia telah menguruskan mangsa pada pagi hari kejadian.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yussof berkata, suspek lelaki berusia 36 tahun itu memaklumkan bahawa dia telah memandikan serta menukar pakaian bayi berkenaan.

“Suspek mendedahkan dia telah menguruskan mangsa sekitar pukul 9 pagi pada hari kejadian namun tiada sebarang pengakuan berhubung kejadian yang dibuat olehnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Siasatan lanjut akan diteruskan dan pihak polis telah memanggil beberapa individu bagi mengambil keterangan mereka,” katanya ketika ditemui dalam satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang di sini hari ini.

Terdahulu, sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal, 11 bulan, dengan kesan koyakan pada kemaluan serta dubur dan punca kematian disahkan akibat keretakan pada tempurung kepala.

Menurut Ahmad Dzaffir, pihaknya telah memanggil beberapa individu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Antara yang telah dipanggil bagi diambil keterangan adalah jiran-jiran suspek, ahli keluarga serta majikan suspek yang merupakan pemilik kedai gunting rambut tempat dia bekerja.

“Siasatan menyeluruh akan dilakukan termasuk mengenal pasti individu terakhir yang menguruskan atau berpeluang mendekati mangsa pada hari kejadian,” ujar beliau.

Tambah Ahmad Dzaffir, suspek lelaki berkenaan kini masih di dalam tahan reman dan akan memohon sambungan reman esok dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Isteri suspek, 28, yang juga merupakan pengasuh bayi berkenaan telah diluluskan sambungan reman pada hari ini sehingga 18 November depan.

“Kes ini pada awalnya diklasifikasikan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 namun diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan setelah mangsa meninggal dunia,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×