Penunggang motosikal cedera parah tercampak ke dalam longkang  - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal cedera parah tercampak ke dalam longkang 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Seorang penunggang motosikal berusia 22 tahun mengalami kecederaan parah selepas tercampak ke dalam sebatang longkang di Jalan Mambau – Kuala Sawah di sini pagi tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Mohd. Syazwan Saidy berkata, mangsa, Ahnaf Najiy Annuar tercampak ke dalam longkang itu selepas motosikalnya melanggar sebuah kereta jenis Perodua Axia.

“Kami terima panggilan kecemasan pada pukul 8.54 pagi dan tiba di lokasi kemalangan pukul 9.05 pagi. Kami mengambil masa 10 minit untuk mengeluarkan mangsa dari longkang itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa patah lengan dan bahu kanan serta kaki kiri. Kami menghantarnya ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini selepas memberikan rawatan awal,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mohd. Syazwan berkata, berdasarkan maklumat awam, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 hilang kawalan semasa cuba memotong kereta jenis Perodua Axia tersebut.

Kata beliau, motosikal mangsa kemudian melanggar kereta itu menyebabkan mangsa tercampak ke dalam longkang sedalam kira-kira dua meter berkenaan.

“Pemandu Perodua Axia iaitu seorang kerani wanita sebuah kilang di lokasi kejadian tidak mengalami kecederaan serius,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×