Jadikan Plogging budaya di Perlis - Raja Muda Perlis - Utusan Malaysia

Jadikan Plogging budaya di Perlis – Raja Muda Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 12 Nov. – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah berharap agar acara ‘plogging’ iaitu berjoging sambil memungut sampah dapat diterapkan sebagai budaya dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

Titah baginda, budaya itu ibarat serampang dua mata kerana bukan sahaja mampu untuk meningkatkan tahap kesihatan tetapi juga kesihatan.

“’Plogging’ kini sudah menjadi trend penduduk dunia. Justeru, diharap ia dijadikan amalan dengan mewujudkan pasukan sukarelawan di peringkat komuniti setempat,” titah baginda.

Memuatkan artikel berkaitan…

Demikian titah baginda ketika berkenan berangkat merasmikan acara ‘Plogging Race’ dan pelancaran Modul Latihan Kelas Kitar Semula Edisi Kemas Kini 2018 Sempena Sambutan Hari Kitar Semula Peringkat negeri di Kompleks Makanan Laut (Komalaut) Kuala Perlis dekat sini, semalam.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) negeri, Mohd. Hidy Md. Dzahir.

TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail merasmikan Karnival Majlis Perbandaran Kangar
TUANKU Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan Karnival Majlis Perbandaran Kangar (MPKps) Di hati Rakyat 2018 di Dataran Sheikh Ahmad di Kangar, Perlis, kelmarin. – UTUSAN ONLINE

Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif SwCorp, Mohammad Diah Wahari dan Ketua Pegawai Eksekutif E-Idaman, Ir. Mhd. Saiful Anuar Zainal.

Acara ‘plogging’ tersebut mendapat sambutan meriah iaitu seramai 1,077 peserta terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat seperti pelajar sekolah, institusi pengajian tinggi, agensi dan jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), komuniti, swasta dan orang awam mengambil bahagian.

Dalam pada itu, pada majlis berasingan, Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah meminta Majlis Perbandaran Kangar (MPKps)memperkasakan peranannya dalam memastikan pembangunan dan kesejahteraan negeri sentiasa terpelihara, berdaya maju, ke hadapan dan dalam kelasnya yang tersendiri.

Baginda bertitah, supaya majlis perbandaran tersebut mewujudkan kerjasama bersepadu sesama agensi dalam mengadakan sesuatu program.

“Selain memudahkan kerja-kerja penganjuran program, kos perbelanjaan juga dapat dijimatkan kerana masing-masing dapat saling membantu,” titah baginda semasa merasmikan Karnival MPKps Di hati Rakyat 2018 di Dataran Sheikh Ahmad di sini, kelmarin. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×