Pemilihan PKR belum sampai penghujung - Wan Azizah - Utusan Malaysia

Pemilihan PKR belum sampai penghujung – Wan Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan sebagai terlalu awal, pengumuman kemenangan oleh kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam saingan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Timbalan Perdana Menteri  menegaskan pemilihan PKR belum sampai ke penghujungnya.
“Kadang-kadang orang macam teruja, seronok kan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Badminton Remaja Astro bawah 15 tahun di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai kem Mohamed Azmin yang mengumumkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu telah menewaskan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan memenangi saingan dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti kali ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengenai sama ada PKR cabang Julau, Sarawak, akan membuat pemilihan semula berikutan dakwaan serangan siber pada Sabtu lepas, Wan Azizah berkata, ia terserah kepada Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP). – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×