Cari penyelesaian masalah pengangguran graduan bumiputera - Utusan Malaysia

Cari penyelesaian masalah pengangguran graduan bumiputera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Nov. – Kementerian Belia dan Sukan akan mencari penyelesaian mengenai masalah pengangguran siswazah bumiputera yang berada di tahap membimbangkan ketika ini.

Menterinya, Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, antara punca masalah itu berlaku adalah berlakunya ketidaksepadanan kemahiran siswazah dengan kehendak industri dan diskriminasi kaum dalam pengambilan pekerja.

Gambar semua peserta
SYED Syed Abdul Rahman (tujuh dari kiri), Dr. Zainah Shariff (lima dari kanan), Dr. Samsudin A. Rahim (enam dari kiri) bergambar pada majlis Seminar Penyelidikan Baka 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini. – UTUSAN ONLINE/AZLAN HADI ABU BAKAR

“Saya sedih apabila melihat Laporan Tinjauan Ekonomi Kementerian Kewangan 2019 yang meneliti kadar pengangguran dalam kalangan rakyat Malaysia menunjukkan kadar penggangguran bumiputera tinggi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Apapun kita perlu melihat dengan lebih mendalam punca masalah ini,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Penyelidikan Belia Kebangsaan 2018 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×