BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 12 NOVEMBER 2018 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 12 NOVEMBER 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETIKA pemimpin-pemimpin Melayu khususnya dalam UMNO, DAP, Pas dan Bersatu secara terbuka menentang sebarang langkah meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), dua ADUN DAP muncul membuat kenyataan bersama meminta parti tersebut menyokong ICERD.

Awang tidak tahu apakah motif kedua-dua ADUN tersebut membuat kenyataan sedemikian tetapi apa yang pasti orang Melayu sudah menyatakan bantahan secara terbuka sama ada mewakili parti politik atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Oleh itu walaupun DAP mempunyai suara besar dalam Pakatan Harapan yang kini menjadi kerajaan, Awang berharap bantahan oleh orang Melayu juga perlu diambil kira sebelum apa-apa keputusan dibuat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Apa yang kita bimbangkan isu ini jika tidak ditangani dengan betul bukan sahaja boleh mencetuskan kemarahan orang Melayu dan umat Islam tetapi juga memecah belahkan perpaduan kaum di negara ini.

Awang berharap kerajaan tidak akan tersalah langkah dalam hal ini dan tidak tunduk dengan sebarang desakan yang mahu ICERD diratifikasikan. Buatlah keputusan dengan bijak dan bukannya berdasarkan tekanan atau pertimbangan politik.

Awang – Tahu agenda tersirat .

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×