Isu pendapatan penoreh dibangkit di Dewan Rakyat - Utusan Malaysia

Isu pendapatan penoreh dibangkit di Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Isu penoreh yang pendapatan mereka terjejas akibat kejatuhan harga getah sejak beberapa bulan lalu akan dibangkitkan dalam perbahasan Belanjawan 2019 di Dewan Rakyat agar Kerajaan Persekutuan dapat mempertimbangkan semula sejumlah peruntukan khusus untuk golongan itu.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, pihaknya yakin akan ada sedikit ruang untuk mendapatkan peruntukan untuk membantu golongan penoreh kerana Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ada menyebut bahawa akan ada bajet tambahan bagi Belanjawan 2019.

“Bagi pihak negeri Kedah, saya dan Ahli Parlimen lain akan bangkitkan isu ini malah negeri-negeri lain yang rak­yatnya bergantung kepada hasil getah juga akan buat perkara sama,” katanya pada sidang akhbar selepas membentangkan Belanjawan 2019 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, untuk sementara waktu, kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan keperluan harian kepada golongan penoreh bagi meringankan beban mereka.

Berdasarkan rekod Lembaga Getah Malaysia, harga getah semasa ialah RM5.16 sekilogram sementara itu, harga tertinggi pernah dicatat­ ialah RM10.01 sekilogram pada Januari 2017.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×