Kerajaan tidak peka nasib rakyat - Utusan Malaysia

Kerajaan tidak peka nasib rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Belanjawan 2019 yang dibentangkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hanyalah terjemahan agenda minda pemimpin DAP semata-mata.

Katanya, kerajaan seolah-olah tidak mempedulikan nasib rakyat apabila mengumumkan untuk tidak lagi meneruskan amalan memberi insentif kepada nelayan, penoreh getah dan peneroka sawit serta masyarakat luar bandar lain.

“Berkali-kali saya nyatakan bahawa belanjawan itu hanya terjemahan agenda yang ada pada minda pemimpin DAP.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka tidak peduli melihat kenaikan harga barang serta penurunan harga komoditi tapi sebaliknya menyusahkan rakyat sahaja,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Ketua Pembangkang berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri perjumpaan khas Pre­siden dan ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama ahli-ahli UMNO nege­ri Melaka di Kampung Bertam Ulu, Paya Rumput di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Presi­den UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan; Naib Pre­siden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ketua Wanita UMNO, Datuk Dr. Noraini Ahmad; Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×