Dadah RM18 juta dalam penapis air - Utusan Malaysia

Dadah RM18 juta dalam penapis air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Taktik satu sindiket menyembunyikan 300 kilogram dadah jenis methamphetamine bernilai RM18 juta dalam penapis air sebelum diseludup bagi mengaburi mata pihak berkuasa tidak berhasil apabila mereka ditahan di Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), Iskandar Puteri di sini, 1 November lalu.

Dalam kejadian pukul 2 petang itu, dua lelaki warga tempatan masing-masing berusia 30 dan 35 tahun ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri T. Subromaniam berkata, kejayaan tangkapan dadah yang dilakukan Cawangan Narkotik JKDM Negeri Johor tersebut adalah hasil daripada maklumat awam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Berdasarkan info tersebut, pihak Cawangan Narkotik JKDM negeri berjaya menahan satu kontena 20 kaki dalam kea­daan mencurigakan di Pelabuhan Tanjung Pelepas.

“Hasil pemeriksaan mendapati kontena tersebut mengandungi dua unit tangki air, 50 unit kotak kosong dan 30 unit penapis air sebelum pemeriksaan lanjut kita menemui dadah jenis methamphetamine yang disorok dalam tangki dan penapis air,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×