Jangan jadi ‘batu api’ agama - Utusan Malaysia

Jangan jadi ‘batu api’ agama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEJADIAN penyebaran kitab agama Kristian kepada umat Islam di Pulau Pinang baru-baru ini dikatakan melibatkan beberapa orang warga asing disyaki datang dari Nigeria.

Polis juga sudah menahan semua suspek terlibat dan sedang menyiasat kemungkinan berlaku pelanggaran undang-undang imigresen memandangkan mereka tidak membawa dokumen pengenalan diri.

Walaupun kisah penyebaran agama lain kepada orang Islam sudah lama kedengaran, kisah ini tidak sepatutnya disebarkan sebagi cubaan mana-mana penganut agama lain memurtadkan orang Islam tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebagai sebuah masyarakat majmuk, kita perlu menilai berdasarkan fakta sahih dan tidak membuat komen melulu sebelum mengetahui kisah sebenar daripada pihak berwajib.

Elakkan bersangka buruk terhadap orang lain kerana kelak bukan sahaja diri sendiri akan malu malah dikhuatiri menjadi batu api punca perbalahan antara kaum mahupun antara penganut agama berbeza.

Memang kedudukan Melayu dan Islam semakin kerap dipertikai sejak beberapa tahun kebelakangan ini tetapi semua itu dilakukan golongan pelampau yang wujud dalam semua kaum mahupun anutan agama.

Seperti mana orang Cina dan India takut dan bencikan pelampau dalam kalangan orang Melayu dan Islam, begitulah juga kita takut dan benci kepada pelampau dari lain-lain kaum dan agama.

Oleh itu, sama-sama kita bersangka baik dan hanya keluarkan komen selepas mendapat fakta. Jika sahih kesalahan dilakukan golongan pelampau, jangan pula dihukum bangsa dan agama mereka.

ANAK MUALAF

George Town

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×