Dua mangsa Sungai Paka masih belum ditemukan - Utusan Malaysia

Dua mangsa Sungai Paka masih belum ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN 11 Nov. – Operasi mencari seorang anggota polis dan suspek penjenayah yang hilang dibawa arus Sungai Paka malam Jumaat lalu diteruskan hari ini melibatkan kawasan pencarian yang lebih luas menjangkau 10 kilometer.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Baharudin Abdullah memberitahu, operasi yang dimulakan pada pukul 8 pagi hari ini telah melibatkan seramai 99 orang anggota daripada pelbagai agensi berakhir pukul 6.15 petang tadi setelah gagal menemukan kedua-dua mangsa.

“Operasi  melibatkan pencarian di permukaan air dan dasar sungai.  Operasi agak sukar dalam keadaan hujan dan arus deras. Kita akan sambung semula pagi esok meliputi kawasan lebih jauh,” katanya, di sini petang tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Baharudin, pihaknya turut mendapatkan khidmat dua ekor anjing pengesan yang dibawa oleh pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Putrajaya.

Dalam kejadian Jumaat lalu, Konstabel Mohd Arif Wan Yahya,28, yang sedang mengejar suspek kes samun yang dikenali sebagai Zam Ayam, tergelincir ke dalam sungai bersama suspsek.

Mangsa yang bertugas di balai Polis Paka sedang melakukan aktiviti rondakan cegah jenayah terserempak dengan supsek yang menaiki kereta curi sebelum mengejarnya.

Sementara itu kakak Wan Mohd Arif, Suraya,32, yang masih menunggu bersama keluarga di lokasi kejadian memberitahu, kali terakhir dia berjumpa dengan adiknya itu pada penghujung bulan lalu ketika adiknya itu pulang  bercuti di kampung Padang Embun Pasir Mas untuk bercuti.

“Dia membelikan udang untuk dimakan bersama keluarga. Dia kelihatan sangat gembira bertemu emak yang menghidap penyakit buah pinggang, setelah agak lama tidak pulang” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN