Polis siasat maklumat aktiviti melampau lelaki berperwatakan wanita di Port Dickson - Utusan Malaysia

Polis siasat maklumat aktiviti melampau lelaki berperwatakan wanita di Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Pihak polis masih menyiasat kesahihan maklumat yang tular di media sosial mengenai aktiviti melampau sekumpulan lelaki berperwatakan wanita di Pantai Batu 9 di sini dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, pihaknya maklum berhubung maklumat yang tular tersebut, namun tiada sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak setakat petang ini.

“Saya mengarahkan anggota polis ke lokasi didakwa apabila mendapat tahu mengenai maklumat itu dua hari lalu. Bagaimanapun tiada aktiviti seperti didakwa berlaku di situ apabila anggota kami tiba di sana.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami akan memantau kejadian seperti itu dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Kelmarin, sekeping gambar didakwa lebih 30 lelaki berperwatakan wanita berkumpul dan beriadah di Pantai Batu 9 dalam keadaan mengaibkan tular di media sosial.

Seorang pengusaha bot ketika ditemui pemberita semalam mendakwa, kumpulan terbabit tanpa segan silu membuka seluar dalam dan baju sambil beriadah.

Kumpulan itu didakwa mula berkumpul pada pukul 2 petang sebelum beredar kira-kira pukul 6 petang pada hari kejadian. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN