Pogba cetus kebimbangan - Utusan Malaysia

Pogba cetus kebimbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 10 Nov. – Sehari menjelang pertemuan menentang musuh berjiran, Manchester City, Manchester United berdepan kebimbangan apabila bintang tengahnya, Paul Pogba mengalami kecederaan tangan.

Perancang utama Perancis itu terpaksa disisihkan daripada latihan di atas padang hari ini, sebaliknya hanya melakukan senaman ringan di dalam gimnasium.

Perkembangan terbaru itu membimbangkan pengendali Red Devils, Jose Mourinho yang belum pasti dapat menurunkan bintang penyerangnya, Romelu Lukaku yang masih berdepan isu kecergasan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lukaku berlatih bersama pasukan pagi ini (semalam) tetapi sudah tentu kami ada satu lagi sesi esok untuk melihat sama ada dia boleh turun atau tidak

“Bagaimanapun buat masa ini, saya hanya boleh berkata, dia turun berlatih bersama pasukan. Apa jawapannya (dapat beraksi atau tidak) saya tidak pasti,” kata Mourinho.

United bertandang ke Etihad membawa misi merapatkan jurang dengan pendahulu liga, City dan cuba menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik,

Selepas 11 perlawanan, anak-anak buah Mourinho menghuni tangga ketujuh dengan 20 mata, sembilan mata ditinggalkan City.

Sementara itu, bintang sayap City, Raheem Sterling mendapat suntikan semangat menjelang pertemuan tersebut apabila menandatangani penyambungan kontrak tiga tahun.

Itu bermakna, Sterling, 23, akan kekal di Etihad sehingga 2023 dan menikmati gaji yang cukup lumayan -300,000 pound (RM1.62 juta) seminggu.

“Saya gembira menandatangani kontrak baharu kerana saya berkembang dengan hebat di sini,” kata Sterling. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×