Perdana Menteri bakal terima Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang - Utusan Malaysia

Perdana Menteri bakal terima Ijazah Kehormat Doktor Undang-Undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang oleh alma mater, National University of Singapore (NUS), semasa beliau melakukan lawatan rasmi ke republik ini mulai Selasa ini.

Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Hal Ehwal Luar Singapura berkata, Mahathir akan melakukan lawatan rasmi dua hari ke negara ini atas jemputan Perdana Menteri. Lee Hsien Loong.

Majlis pengurniaan ijazah itu akan diadakan pada hari kedua lawatan beliau.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada hari pertama, Mahathir akan menghadiri upacara sambutan, mengunjungi Presiden. Halimah Yacob dan mengadakan perjumpaan dengan Lee Hsien Loong, menurut kenyataan itu.

Menurut kementerian berkenaan, Hsien Loong dan isteri akan meraikan Mahathir serta isteri, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali pada majlis jamuan tengah hari rasmi. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×