Banjir: 22 pusat peperiksaan sementara disediakan - Utusan Malaysia

Banjir: 22 pusat peperiksaan sementara disediakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 10 Nov.- Jabatan Pendidikan negeri telah mengarahkan pengetua dan guru besar untuk menyediakan pusat peperiksaan sementara bagi 22 buah sekolah di negeri ini yang dijangka terjejas sekiranya berlaku banjir.

Pengarahnya, Shafruddin Ali Hussin berkata, sekolah yang

terlibat dikenal pasti kawasan berisiko dinaiki air dan ada sebahagiannya akan terputus hubungan sekiranya banjir berlaku.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu katanya, pihak jabatan juga akan menempatkan calon-calon di asrama, rumah rakan-rakan, asrama berdekatan atau ditempatkan di sekolah.

“Kita sedia maklum ada yang

akan menghadapi peperiksaan utama dalam waktu terdekat. Jadi, bagi mengelakkan mereka terjejas atau terganggu jika banjir, kita sudah sediakan beberapa alternatif.

“Pihak jabatan juga menyediakan 173 sekolah sebagai pusat penempatan sementara bagi banjir di seluruh negeri8, dengan tumpuan di daerah Kemaman, Dungun, Setiu, Hulu Terengganu dan Besut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam Majlis Penutup Mega Trenglish Camp 2018 di

Primula Beach Resort, di sini hari ini yang disempurnakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk A.Rahman Yahya.

Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia( STPM) akan bermula 13 November ini dan berakhir pada 7 Disember depan.

Sementara itu, A Rahman berkata, jumlah pusat pemindahan dan kemudahan ditingkatkan bagi memberikan lebih keselesaan kepada mangsa.

Di samping itu katanya, kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Indah Water untuk menyedut tangki-tangki najis di sekolah yang dijadikan pusat pemindahan banjir.

“Kebiasaannya bila ramai ditempatkan di sekolah yang menjadi pusat pemindahan, penggunaan tandas melebihi daripada biasa. Jadi, kita kena kosongkan tangki tandas untuk kemudahan mangsa banjir,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×